LOOKaL Mula beriklan
10 lokasi komuniti sedang beroperasi

Iklan anda, dekat dengan komuniti anda.

LOOKaL ialah rangkaian skrin komuniti di Malaysia yang meletakkan iklan perniagaan tempatan di premis yang orang memang datang setiap hari — tempat makan, kedai gunting, kedai runcit dan ruang menunggu. Anda pilih tempat, pilih hari, dan iklan anda muncul dekat dengan orang yang anda mahu capai.

Daftar percuma · RM6 kredit penggunaanCuba 1 lokasi × 3 hari atau 3 lokasi × 1 hari.
Maksimum 30 slot / lokasiKapasiti dihadkan supaya rotation kekal terkawal dan setiap kempen mendapat giliran tayangan yang konsisten.

Skrin komuniti sedang beroperasi.

Rakaman sebenar di premis LOOKaL.

Lokasi dan suasana berbeza.

Lihat bagaimana skrin ditempatkan dalam premis sebenar.

Rangkaian yang sedang berkembang.

Lebih daripada satu jenis premis dan kedudukan skrin.

10 lokasi
Skrin komuniti aktif
65 inci
Saiz skrin di premis
8 saat
Satu slot tayangan
RM2/hari
Harga asas untuk satu lokasi
30 slot sahajaSetiap lokasi mempunyai kapasiti maksimum 30 slot iklan.

10 lokasi aktif sekarang. Lebih banyak komuniti selepas ini.

LOOKaL bermula dengan lokasi yang dekat dengan komuniti dan berkembang secara berperingkat ke premis yang sesuai.

Rangkaian dibina lokasi demi lokasi.

Setiap premis dipilih kerana ada aliran orang, masa menunggu atau aktiviti yang sesuai. Fokusnya ialah kualiti lokasi, bukan sekadar menambah bilangan skrin.

10 lokasi aktif8 saat setiap slotLebih banyak lokasi seterusnya
Untuk pemilik premis

Ada premis yang selalu dikunjungi orang? Sertai LOOKaL.

Jika pelanggan anda selalu datang, duduk, menunggu atau berurusan di premis anda, ruang itu mungkin sesuai untuk menjadi lokasi skrin komuniti LOOKaL.

Mudah dari mula sampai iklan ke skrin.

Pilih lokasi, siapkan iklan dan hantar. Semuanya dalam satu aliran yang mudah difahami.

01

Pilih tempat dan hari

Pilih premis yang dekat dengan pelanggan anda dan tentukan bila iklan mahu berjalan.

02

Siapkan iklan

Gunakan poster sendiri atau bina dengan Snap2Ads supaya mesej kekal ringkas, jelas dan mudah dibaca.

03

Hantar dan mula tayang

Selepas semakan, iklan anda dihantar ke skrin yang anda pilih.

Mudah macam iklan online. Hadir di dunia sebenar.

LOOKaL memudahkan pengurusan kempen secara digital, tetapi iklan tetap muncul pada skrin di premis komuniti.

Kemudahan digital

Pilih lokasi, pilih hari, urus kempen.

Kurangkan proses manual yang biasa datang dengan media fizikal.

Kehadiran fizikal

Iklan muncul di tempat komuniti beraktiviti.

Kedai, ruang menunggu dan premis yang memang mempunyai pergerakan orang setiap hari.

Arah seterusnya

Dari pilih lokasi kepada pilih audience.

Hari ini, anda memilih lokasi dan hari. Arah pembangunan seterusnya ialah membantu memahami bila dan di mana audience yang sesuai berada — berdasarkan data agregat daripada ruang fizikal.

Presence

Trafik sekitar skrin

Ukur corak kehadiran mengikut lokasi dan waktu secara agregat.

Dwell

Masa dalam zon paparan

Fahami berapa lama orang berada di kawasan skrin, bukan hanya berapa kali iklan dimainkan.

Audience intelligence

Padanan lokasi dan waktu

Matlamatnya ialah membantu mencadangkan lokasi dan masa berdasarkan konteks audience, bukan sekadar pilihan manual.

Privacy-first. Ini ialah visi pembangunan masa depan, bukan fungsi semasa. Fokusnya ialah data agregat tanpa facial recognition atau pembinaan identiti individu.

Lihat sendiri di mana skrin LOOKaL berada.

Beberapa contoh penempatan LOOKaL — supaya anda boleh lihat sendiri bagaimana skrin hadir dalam konteks premis.

Lihat aliran LOOKaL dari dalam platform.

Tiga demo ringkas menunjukkan aliran sebenar dari dashboard hingga bahan iklan dihantar.

Mahu tambah video pada Zon B?

Tambah video sebagai add-on RM10 untuk setiap campaign. Durasi tayangan ialah 8 saat. Jika video anda lebih panjang, pilih dan potong bahagian yang mahu digunakan terus dalam editor Snap2Ads sebelum dihantar.

Setiap lokasi hanya membawa maksimum 30 slot iklan.

Had ini memastikan rotation tidak terlalu panjang. LOOKaL merekodkan tayangan pada skrin secara berasingan daripada jumlah orang yang melihat.

30 slot maksimum×8.5 saat=255 saat satu giliran tayangan

Jika skrin beroperasi 8–12 jam sehari dan semua 30 slot terisi, satu iklan secara matematik boleh dimainkan sekitar 112–169 kali sehari. Angka ini ialah tayangan pada skrin, bukan jumlah individu yang melihat.

Sepanjang 30 minit menunggu, satu slot berpeluang muncul kira-kira tujuh kali.

Jadikan premis anda sebahagian daripada LOOKaL.

Kami sedang mencari lebih banyak premis yang sesuai untuk membawa skrin komuniti LOOKaL ke kawasan setempat.

  • LOOKaL mengurus sistem dan kandungan pada skrin
  • Anda tidak perlu susun iklan satu per satu
  • Prestasi skrin boleh dilihat melalui platform
  • Kami semak kesesuaian premis sebelum pemasangan
Mohon sertai rangkaian

Bukan sekadar pasang skrin

LOOKaL mengurus iklan, jadual tayangan dan rekod asas di belakang skrin supaya pemilik premis tidak perlu menguruskannya satu per satu.

Kita pilih lokasi yang sesuai

LOOKaL berkembang secara berperingkat. Kami utamakan premis yang memang ada aliran orang dan masa menunggu yang sesuai.

Terma yang jelas selepas penilaian

Butiran kerjasama dan perkongsian hasil diterangkan selepas premis dinilai, supaya janji dibuat berdasarkan keadaan sebenar lokasi.

Soalan biasa.

Jawapan ringkas tentang apa itu LOOKaL, bagaimana kempen berjalan dan apa yang sebenarnya diukur.

Apa itu LOOKaL?

LOOKaL ialah rangkaian skrin komuniti untuk iklan perniagaan tempatan di premis sebenar. Pengiklan boleh memilih lokasi, memilih hari dan mengurus kempen secara digital tanpa perlu mengurus setiap skrin secara manual.

Adakah LOOKaL sama seperti online ads?

Tidak. Pengurusannya dibuat secara digital seperti online ads, tetapi iklan dipaparkan pada skrin fizikal di premis sebenar. LOOKaL menggabungkan kemudahan pengurusan digital dengan kehadiran media di dunia sebenar.

Saya tak reti design iklan. Boleh guna LOOKaL?

Boleh. Snap2Ads membantu membina bahan iklan yang sesuai untuk skrin komuniti. Fokusnya ialah mesej ringkas, susunan yang jelas dan mudah dibaca dari jarak tontonan sebenar.

Saya sudah ada poster sendiri.

Boleh. Untuk ruangan poster pada skrin LOOKaL, gunakan format portrait 8:9. Contoh resolusi: 1080×1215 px atau 1280×1440 px. LOOKaL tidak crop, stretch atau mengubah design asal poster anda.

Boleh pilih satu lokasi sahaja?

Ya. LOOKaL membenarkan anda bermula dengan lokasi yang paling relevan dengan komuniti pelanggan anda.

Minimum berapa lama?

Boleh bermula satu hari. Anda boleh tambah tempoh atau lokasi berdasarkan keperluan kempen.

Kenapa hanya 30 slot untuk setiap lokasi?

LOOKaL menghadkan setiap lokasi kepada maksimum 30 slot supaya rotation tayangan kekal terkawal. Bila sesuatu lokasi penuh, slot baharu bergantung pada kekosongan untuk tarikh yang dipilih.

Macam mana kredit percuma RM6 digunakan?

Daftar LOOKaL tanpa caj dan anda menerima RM6 kredit penggunaan. Pada kadar bermula RM2 sehari untuk satu lokasi, kredit itu boleh digunakan sebagai contoh untuk 3 hari di 1 lokasi atau 1 hari di 3 lokasi.

Boleh tambah video sendiri?

Boleh. Video Zon B ialah add-on RM10 untuk setiap campaign. Setiap tayangan video berdurasi 8 saat. Jika video anda lebih panjang, anda boleh potong bahagian yang mahu digunakan terus dalam editor Snap2Ads sebelum submit.

Macam mana saya tahu kempen berjalan?

Platform merekodkan status kempen dan tayangan. Jika iklan menggunakan kod QR atau tindakan yang boleh dijejak, rekod itu boleh digunakan sebagai maklumat tambahan — berasingan daripada bilangan tayangan skrin.

Cuba LOOKaL tanpa caj permulaan.

Daftar percuma dan dapat RM6 kredit penggunaan. Gunakan untuk 1 lokasi selama 3 hari atau 3 lokasi untuk 1 hari, kemudian tambah kempen bila sesuai.

Hubungi Kami / Contact Us

Perlu bantuan atau mahu berbincang dengan LOOKaL?

Hubungi pasukan kami terus melalui WhatsApp atau e-mel.